Menteri Besar Negeri Sembilan Abdul_Samad_Idris

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Negeri Sembilan. Selepas beliau jawatan itu dimansuhkan.Ketika itu Menteri Besar ialah Dr Muhd Said.Dalam pilihan raya 1969, Dr Muhd Said yang direkomen oleh rakan-rakannya menjadi Menteri Besar telah meletak jawatan Menteri Besar. Beliau memberi alasan mahu menumpukan kerjayanya sebagai doktor perubatan di kliniknya. Kerajaan pusat telah membawa orang baru iaitu Mansor Othman seorang eksekutif syarikat Shell di Port Dickson bertanding dalam pilihan raya.

Pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1970-an. Selepas persaraannya Tan Sri A. Samad Idris terus aktif dalam bidang penulisan terutamanya mengenai adat dan budaya di Negeri Sembilan. Beliau juga aktif membantu anak-anak seni dalam dunia perfileman melalui jawatannya sebagai Pengerusi Finas.

Tan Sri Dato' A. Samad Idris meninggal dunia pada tahun 2003.